Kenyataan mengenai kuinoa Kontroversi Najib Razak

Pada 22 Februari 2018, bercakap dalam sesi perkongsian Bajet 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, Najib berkata beliau mengawal diet sebagai ganti senaman untuk kekal sihat.

(Saya) tidak (selalu senaman)... Saya suka makan. Masalah saya saya suka makanan, macam kebanyakan rakyat Malaysia.
Kita suka makanan. Saya terpaksa kawal. Sebagai contoh, saya tidak makan nasi, saya makan kuinoa. Anak saya yang perkenalkan saya dengan Kuinoa.

Peserta kemudian bertanya Najib apakah quinoa itu. Najib menjelaskan ia adalah makanan ruji masyarakat Inca, yang lebih sihat berbanding nasi.

Ia datang dari Peru, orang Inca telah tanamnya 3,000 tahun lalu. Ia berasaskan protien, kurang karbohidrat dan kurang gula.
Jadi ia lebih sihat berbanding nasi.

Najib menerima reaksi negatif selepas mendedahkan amalan pemakanan sihatnya yang menggantikan nasi dengan kuinoa, sejenis bijian dari Amerika Selatan yang mahal.[94][95]

Bekas perdana menteri Mahathir bin Mohamad hanya menulis sebaris ayat pendek di media sosial: "Saya makan Nasi beras tempatan sahaja." Sementara itu, Mahathir turut memuat naik poster memuatkan petikan kata Najib dengan perbandingan harga kuinoa dan beras biasa yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia.[96]

Ahli Parlimen Gelang Patah DAP Lim Kit Siang mengakui beliau tidak pernah mendengar tentang kuinoa sehingga disebut oleh Najib.[97]

Saya tidak pernah dengar tentang kuinoa - sebenarnya, saya akui tidak tahu bahawa kuinoa wujud.
Saya terpaksa tanya sama ada ada sesiapa yang tahu apa-apa mengenai kuinoa.
Kuinoa yang Najib makan kira-kira 23 kali lebih mahal daripada beras, yang dimakan oleh 30 juta rakyat Malaysia.[97]

Pada 23 Februari 2018, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Najib tidak mengambil bijirin quinoa semata-mata sebagai hidangan hariannya. Memberikan kenyataan sebagai reaksi laporan media mengenai amalan pemakanan sihat itu PMO berkata Najib menghadiri banyak acara setiap minggu dan sentiasa dijamu dengan pelbagai makanan.[98]

Rujukan

WikiPedia: Kontroversi Najib Razak http://www.abc.net.au/news/2015-07-29/malaysia-pm-... http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/ma... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://abcnews.go.com/International/wireStory/mala... http://www.reuters.com/article/2015/07/24/us-malay... http://www.theguardian.com/world/2015/jul/20/saraw... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.malaysianbar.org.my/press_statements/pr... https://www.asiaone.com/malaysian-pm-najib-razak-n...